Thursday, 6 September 2012

Pengalaman di Seri Iskandar, Perak!

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah hampir 5 bulan aku bercuti. Pejam celik pejam celik tinggal 3 hari lagi untuk aku melangkah kembali ke alam universiti. Tak sangka masa berlalu begitu cepat. Rasa seperti baru semalam aku mendaftar masuk ke UiTM Seri Iskandar. Kini aku akan mendaftar masuk ke UiTM Shah Alam. 


Banyak kenangan yang aku tidak akan mungkin lupakan sepanjang aku berada di UiTM Seri Iskandar. Kalau hendak diceritakan satu per satu tentang kenangan ketika berada di Perak rasanya boleh buat novel 500 pages. Antara peristiwa yang aku ingat ketika aku register di kolej Indera Sakti dan first time melangkah masuk ke hostel. Memang nervous ah time tu sebab first time duduk dekat hostel. Sepanjang hidup aku tak pernah duduk hostel melainkan di PLKN. Tapi tu dorm, lain okayyyy. Mana tak nervousnya aku dah lah tak kenal siapa roommate aku. Kot kot dia pencuri ke, perogol ke, penyamun ke dan segala jenis pe- lahh. Tapi lepas kenal dengan semua roommates aku tak sangka lah semua satu kepala. Selama satu semester aku duduk dengan diorang memang satu pengalaman yang sangat menarik dan kelakar. Mana tak nya, kitorang nihh kuat bahan orang. Pantang nampak silap orang sikit terus je bahan. (Macam lah kitorang nih bagus sangat sampai buat orang lain macam tu) Tapi kitorang satu bilik selama satu semester sahaja. 

Masuk 2nd semester aku dah kena pindah bilik. Begitu juga dengan roommates aku yang lain. Tak ada sorang pun dapat sama bilik. Nak dijadikan cerita, aku dapat satu bilik dengan budak yang suka rembat makanan aku time semester 1. Asal masuk bilik aku je mesti cari makanan, asal nak cari makanan je mesti datang bilik aku. Tu je lah kerja dia bila datang bilik aku. (Kalau kau terbaca harap terasa. HAHA) Pada awalnya memang lah tak suka tapi buat buat suka. At last jadi kawan baik juga. Main game sekali, pergi kelas sekali, buat assignment sekali, site visit sekali, semua benda ah buat sekali dengan dia. Time 2nd semester aku memang kuat main game dengan tengok movie. Pantang ada peluang/masa je mesti nak main game, sampai nak malam nak final exam pun sempat main game, main LAN pula tu. Memang satu bilik tak belajar lahh kann. 

Masuk 3rd semester dan last semester aku di UiTM Seri Iskandar, aku dah kena tendang duduk luar disebabkan sticker kolej tak menepati syarat. Haishhh, duduk di luar kampus memang banyak rintangan terutamanya dari segi duit. Memang banyak keluar duit, nak bayar sewa rumah lah, duit minyak kereta lah, duit makan lagi, duit untuk assignment lagi. Semuanya nak pakai duit. Nasib baik duit belanja aku ngam ngam je dengan semua tu. Kadang kadang ummi dengan ayah ada juga masuk lebih sikit. Dah duduk rumah sewa, memang seronok ah. Semua benda boleh buat, tak macam duduk dalam hostel. Semua tak boleh. Dah duduk luar kitorang boleh balik dan keluar sesuka hati. Tu yang bestnya, tak ada lah terperap je dalam kampus tu. Time semester 3 nih aku dah jumpa hobby baru iaitu tengok korean show yang paling top sekali Runningman. Dulu aku cukup benci dengan segala kshow nih. Tapi lepas dah tersangkut, ambik kau tak henti henti aku tengok. Aku ada simpan dari episod 1 hingga ke latest nih episod 109. Bayangkan lah bertapa bataknya dengan Runningman nih. So pengajaran nya jangan kita membenci sesuatu perkara atau seseorang kerana suatu hari nanti kita pasti akan terjebak dengan perkara tersebut ataupun rapat dengan orang yang kita benci itu. 

Itulah serba sedikit tentang pengalaman yang aku boleh ceritakan. Kalau nak diceritakan semua dekat sini memang ambil dalam 7-8 entries juga lah. Semoga persahabatan yang pernah aku jalinkan sepanjang berada di sana dapat dikekalkan. Okay cukup dengan kenangan-kenangan lama. Sekarang aku kena mempersiapkan mental dan fizikal aku supaya dapat tempuhi cabaran dan rintangan yang akan berlaku. 

Baju untuk ke kelas sudah siap digosok, bagaimana pula dengan mental dan fizikal? Sudah cukup bersedia untuk ke kelas?

Masih banyak yang perlu diisi.

Borang dah ready untuk dihantar.

Sekian sahaja untuk kali ini. Harap yang baik dapat diikut dan yang tidak baik tu buang jauh jauh. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

3 comments:

BeLLa said...

semoga berjaya hehe :D

Irfan Amir said...

Terima Kasih. :)

ZazlanTonsiti said...

Semoga berjaya dalam hidup dan kursus. Dengan penuh pengharapan.

https://plus.google.com/+ZazlanTonsiti/posts