Friday 9 November 2012

Kehidupan Baru.

Assalamualaikum

Ternyata sekali kehidupan di alam degree sedikit berbeza dengan alam diploma. Terutama dari segi pembelajaran. Ada perbezaan yang dapat dirasakan. Di mana lecturers di sini lebih relax jika hendak dibandingkan dengan di Perak. Lecturer di sana lebih garang dan menakutkan tapi best. Haha. Mungkin sebab lecturers di sini lebih banyak pengalaman yang mereka sudah lalui membuatkan mereka lebih relax.

Dari segi penerimaan ilmu pula, aku rasa belajar di Perak lebih mudah untuk difahami mungkin kerana cara lecturers menekan pelajar untuk memahami lebih berkesan. Ataupun mungkin aku sendiri yang masih belum berada di landasan yang betul untuk menerima persekitaran baru.


Monday 29 October 2012

A Gift of Life!

Assalamualaikum

Lama rasanya tak menulis di dalam blog dan hari ni terasa macam nak menulis. Semalam, aku ada terbaca tentang kempen A Gift of Life yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Transplan Nasional. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Malaysia agar lebih prihatin dengan pendermaan organ dan transplan. Selain itu ia juga bertujuan untuk menambah lagi bilangan penderma organ terutama penderma kadaverik iaitu pendermaan selepas kematian.

Antara organ dan tisu yang boleh didermakan adalah :

  1. Jantung
  2. Hati
  3. Paru-paru
  4. Buah Pinggang
  5. Injap Jantung
  6. Kulit
  7. Mata
  8. Tulang