Friday 9 November 2012

Kehidupan Baru.

Assalamualaikum

Ternyata sekali kehidupan di alam degree sedikit berbeza dengan alam diploma. Terutama dari segi pembelajaran. Ada perbezaan yang dapat dirasakan. Di mana lecturers di sini lebih relax jika hendak dibandingkan dengan di Perak. Lecturer di sana lebih garang dan menakutkan tapi best. Haha. Mungkin sebab lecturers di sini lebih banyak pengalaman yang mereka sudah lalui membuatkan mereka lebih relax.

Dari segi penerimaan ilmu pula, aku rasa belajar di Perak lebih mudah untuk difahami mungkin kerana cara lecturers menekan pelajar untuk memahami lebih berkesan. Ataupun mungkin aku sendiri yang masih belum berada di landasan yang betul untuk menerima persekitaran baru.




Dari segi kehidupan, di sini lebih seronok jika hendak dibandingkan dengan sana. Kenapa? Sebab dekat sini senang nak jalan jalan dan banyak tempat boleh pergi. Nak pergi Sunway dekat, OU dekat, Ikea pun dekat, Setia City lagi mah dekat. Mana duit tak habis cepat. Makanan pun banyak yang sedap sedapp. Dah lah sedapp lepas tu lagi mahal pulak tu jika nak  dibandingkan dengan dekat Perak. Memang macam air lah duit aku mengalir. Eh silap, duit mak pak aku. Haha. Tapi lebih baik duit mengalir dekat makanan daripada mengalir pada benda yang berfaedah. Betul ndokkk? Tapi yang paling takk best nya dekat sini ialah jalan selalu sesak. Memang tak best. Nak pergi makan jalan jam, nak ke class jam, nak kemana mana pun mesti jam lahh. Tak macam dekat Perak.

Dari segi assignment pula, kedua dua nya kebih kurang sama. Cuma dekat sini lebih senang untuk memilih subject property. Sebab dekat sini bersepah sepah property yang gempak gempak dan yang paling penting banyak high-end property. Tapi kerja leceh sikit lah nak berurusan dengan company yang besar.

Dan yang paling best sekali boleh balik every weekends sebab Shah Alam dan Bangi hanya 30-40 minutes jee. Tapi esok tak best sebab ada MUET! Arghhh nervouss gilaaa. Nasib baik after MUET terus ke LCCT. Nak pergi Langkawi pulakk. Yeayyyyy! So boleh release tension dekat sana.

Buku ni tak buka lagi.
Dah siap packing baju dahhh.
Wish me luck!

Terima kasih kerana membaca dan semoga berjumpa lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Fast track ke?