Assalamualaikum
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada kesemua rakyat Malaysia yang berada di seluruh pelusuk dunia. Kita patut rasa bersyukur kerana kita dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Oleh sebab itu, kita sepatutnya menghargai dan mengingati jasa para pejuang kemerdekaan kita dengan berdoa agar roh-roh mereka diletakkan di tempat di syurga.
Walaupun negara kita sudah merdeka tetapi adakah kita sendiri sudah merdeka? Persoalan ini sering berlaku kerana dengan kita lihat sekarang terlalu banyak budaya luar masuk yang menjangkiti diri anak muda zaman sekarang termasuk lah diri aku sendiri. Memang sukar untuk kita menepis keluar budaya luar yang banyak mempengaruhi masyarakat zaman sekarang terutamanya budaya K-pop ataupun Korean Pop. Nak huraikan panjang lebar mengenai kpop pun aku tak berapa nak tahu sangat. Cuma yang aku tau bila orang sebut pasal Korea nih cuma aku teringat Running Man. Haaa, pasti ramai anak muda sekarang tahu mengenai Running Man bukan? Jangan cakap orang muda, ummi aku pun boleh layan juga Running Man nih.