Wednesday 29 August 2012

Semangat Baru

Assalamualaikum

Setelah hampir 5 bulan aku menunggu masa untuk menyambung Ijazah kini telah tiba masanya untuk aku kembali ke alam universiti dengan persekitaran yang baru dan segala benda yang baru. Bercuti hampir 5 bulan adalah suatu tempoh percutiaan yang agak lama bagi aku kerana selama 5 bulan itu cuti aku hanya dipenuhi dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan membuang masa. Dan sekarang barulah aku terhegeh hegeh untuk menikmati sisa sisa cuti yang hanya tinggal 10 hari lagi dengan perkara yang lebih berfaedah. Selepas 10 hari ini hidup aku bakal dipenuhi dengan assignments, projects, presentations, site visit dan sebagainya. Itulah perkara standard yang dilalui oleh semua penuntut universiti. 

Sebelum memasuki ke campus baru, hostel baru, persekitaran baru dan juga belajar dengan lecturer baru, berjumpa dengan teman/rakan yang baru, sudah pasti aku mestilah bersiap sedia untuk meghadapi segala dugaan dan halangan dengan mempersiapkan fizikal mahupun mental yang kental. Hal ini kerana sekiranya aku tidak mempersiapkan fizikal dan mental aku kemungkinan besar aku akan gagal untuk menghadapi cabaran dan dugaan sebagai seorang pelajar.  

Target aku untuk semester baru ini adalah:
  1. Dapatkan pointer 3.0 and above
  2. Memperbaiki kekurangan yang ada pada diri
  3. Mengurangkan aktiviti yang membuang masa. (tidur, games, lepak dan sebagainya)
  4. Mengikuti lebih banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti, fakulti, department dan kolej
  5. Melengkapkan amalan2 wajib dan memperbanyakkan amalan2 sunat kepada Allah SWT
Nak ikutkan hati banyak perkara yang aku mahu masukkan tetapi cukuplah sekadar 5 perkara ini untuk aku cuba kecapi. Selepas sudah selesai 5 perkara ini barulah tambah perkara yang lain sebagai target. 

Cukup sekadar di sini. Semoga berjumpa lagi.

No comments: