Wednesday 29 August 2012

Ta'aruf

Assalamualaikum

Ini merupakan post yang pertama bagi aku. Perkara biasa yang selalu kita lakukan apabila bertemu dengan orang baru adalah memperkenalkan diri. Di sini aku ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri aku. 

Nama yang diberi ialah Muhamad Irfan bin Amir Hamzah dan berumur 20 tahun. Aku merupakan pelajar first year jurusan Pengurusan Hartanah di Universiti Teknologi Mara atau lebih dikenali sebagai UiTM. Di mana selepas aku menamatkan pelajaran besar kemungkinan aku akan berkecimpung dalam dunia valuation, estate agency, property management and development serta segala yang berkaitan dengan property

Nak dipendekkan dan disenangkan cerita, setiap pembelian ataupun penjualan setiap unit rumah yang mak ayah anda bakal beli atau sewa itu kemungkinan besar akan diuruskan oleh aku sendiri. Walaubagaimanpun, ilmu pengetahuan dan pengalaman aku tentang dunia hartanah ini masih cetek lagi dan banyak lagi yang perlu aku pelajari pada masa yang akan datang. 

Cukup di sini sahaja pengenalan diri aku. Semoga berjumpa lagi. 

No comments: