Wednesday 29 August 2012

Nostalgia Raya


Assalamualaikum

Mungkin masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ataupun dengan lebih ringkas lagi SHRMZB. Aku masih teringat bertapa gembira nya aku sewaktu kecil apabila mendengar esok hari raya. Lebih lebih lagi kalau beraya di Ampang iaitu kampung sebelah ummi. 
Letusan mercun dan percikan bunga api yang dimainkan oleh aku serta saudara saudara aku masih boleh dapat didengari dan dibayangi. Suara makcik makcik terpekik terlolong di dapur memasak rendang dan merebus ketupat juga masih aku dengari. 

Tambahan pula, laungan takbir di malam raya juga pasti mengungkitkan nostalgia. Kebiasaannya, selepas solat isyak kami pasti tertunggu tunggu rombongan masjid untuk membuat takbir dari satu ke rumah ke satu rumah yang lain. Pada waktu itu, tujuan kami mengikuti rombongan itu bukanlah untuk melaungkan takbir semata mata tetapi kami mempunya agenda tersendiri iaitu ingin mengumpul duit raya. Nak dikenangkan kembali malam itu kami boleh mendapat lebih daripada RM 20. Sangat seronok bila diingatkan kembali. 

Namun sekarang hanya tinggal kenangan kerana aku sudah menjangkau umur 20-an. Apa yang aku dapat lihat kanak kanak zaman sekarang sudah tidak gemar lagi melakukan aktiviti seperti aku lalui. Mereka lebih gemar menonton tv, main ipad, computer games dan segala jenis permainan elektronik yang terdapat sekarang. 

Sambungan......

No comments: