Wednesday 29 August 2012

Raya (Part 1)

Okay cukup dengan nostalgia. Back to reality. Tahun ini aku beraya di Ipoh. Di mana kampung sebelah ayah aku. Beraya di Ipoh juga seronok kerana aku masih mempunya atuk dan opah di sini. Kami sekeluarga balik ke Ipoh pada sehari sebelum raya. Di mana sebelum itu kami singgah ke Ampang untuk bersalam salaman dengan nenek dan makcik pakcik yang berada di sana. 

Selepas itu barulah kami bertolak balik ke Ipoh. Perjalanan kami di Ipoh memakan masa selama 5 jam di mana kebiasaan nya hanya lah 3 jam. Biasa lah orang balik kampung kann. Setibanya kami di Ipoh, aku sudah ter-bau lemang yang sedang dibakar oleh pak long di belakang rumah. 

Di Lebuhraya Utara-Selatan

Pada malam raya itu, aku langsung tidak terdengar suara takbir di mana kebiasaan nya boleh didengari selepas solat Maghrib. Tunggu punya tunggu lepas isyak baru kedengaran. Aktiviti aku pada malam itu adalah menonton tv kerana atuk dan opah jarang memanggil orang masjid untuk takbir di rumah. Tidak seperti beraya di Ampang, nenek aku pasti akan menjemput orang masjid kerana sudah menjadi tradisi nenek. 

Di pagi raya, kami mengerjakan sembahyang raya di masjid berdekatan dengan rumah opah. Selepas mengerjakan sembahyang raya, aku bersarapan seorang diri kerana yang lain sudah bersarapan sebelum pergi ke masjid. Sudah menjadi kebiasaan aku bersarapan seorang diri kerana aku adalah orang yang paling lambat bangun dan paling lambat pergi ke masjid. Tetapi menjadi orang yang pertama balik ke rumah sebelum orang lain.

Sambungan....

No comments: