Saturday 1 September 2012

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

Assalamualaikum

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada kesemua rakyat Malaysia yang berada di seluruh pelusuk dunia. Kita patut rasa bersyukur kerana kita dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Oleh sebab itu, kita sepatutnya menghargai dan mengingati jasa para pejuang kemerdekaan kita dengan berdoa agar roh-roh mereka diletakkan di tempat di syurga. 

Walaupun negara kita sudah merdeka tetapi adakah kita sendiri sudah merdeka? Persoalan ini sering berlaku kerana dengan kita lihat sekarang terlalu banyak budaya luar masuk yang menjangkiti diri anak muda zaman sekarang termasuk lah diri aku sendiri. Memang sukar untuk kita menepis keluar budaya luar yang banyak mempengaruhi masyarakat zaman sekarang terutamanya budaya K-pop ataupun Korean Pop. Nak huraikan panjang lebar mengenai kpop pun aku tak berapa nak tahu sangat. Cuma yang aku tau bila orang sebut pasal Korea nih cuma aku teringat Running Man. Haaa, pasti ramai anak muda sekarang tahu mengenai Running Man bukan? Jangan cakap orang muda, ummi aku pun boleh layan juga Running Man nih.



Cukup dengan Kpop, Kdrama, Kshow dan segala jenis K yang lain. Okay apa aktiviti korang semua sepanjang Hari Kemerdekaan Malaysia ini? Mesti 'banyak' aktiviti yang korang buat kan. Maklumlah public holiday lah katakan. Kalau korang nak tahu semalam ulangtahun kelahiran ummi aku yang ke 45 tahun. Tapi disebabkan dengan kesibukan keluarga aku semalam kami tidak dapat menyambutnya. So, kami sambut malam tadi. 

Kami sekeluarga pergi ke salah sebuah restaurant di Bangi iaitu San Francisco Pizza. Sesudah sampai sahaja ke restaurant itu. Kami semua pun masuk lah, nak dijadikan cerita boleh pula tersempak dengan keluarga Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor. Beliau merupakan aktivis Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pengerusi Lembaga Amanah Aqsa Syarif (Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang Aqsa Syarif boleh click disini). Bersama dengan beliau ialah isteri, Pn Zuraidah Ibrahim dan dua orang anak beliau iaitu Mawardi dan Amin. Mereka berdua itu merupakan rakan sekolah aku ketika berada di SRI Al-Amin. 

Selepas berbual untuk seketika. Kami pun beredar untuk mencari tempat duduk. Selepas mengambil order bagai. Adik adik aku sibuk mengambil gambar dengan Ummi. Pada awalnya aku tak join mereka kerana terlalu leka bermain FIFA 2012. Tapi lepas je kalah lawan Arsenal aku terus stop main. Mana boleh Liverpool kalah dengan Arsenal. Come onnn! Arsenal je pung. Selepas itu, aku pun join mereka bergambar. Banyak juga lah gambar yang kami ambil. Tapi tak semua nya boleh ditunjuk. :)
Cuba teka umur dia berapa. 
Alololo, comelnyaaaa. Sempat lagi buat peace.

Damia menangis sebab tak ada orang nak bergambar dengan dia.
Berjaya juga dipujuk oleh Ummi
Ummi dan aku
Lepas tu abang waiter pun datang membawa soup. Bagus, aku memang dah lapar betul time tu. Waiter tu letak je pinggan aku terus ngap. Eh tak ada lah. Aku ambil elok elok lahh. Lepas tu abang waiter tu datang lagi. Kali nih bawa air dan makanan yang lain pula. Tengah tengah makan dia datang lagi bawa pizza. Haaa, makanan di San Francisco Pizza memang sedap sedap belako. Lagi lagi aku punya Pan Fried Chicken. 

Nurin
Seafood Pizza
Pan Fried Chicken. Nampak je macam lendir tapi serious sedap gila. Tak tipu.

Nachos. Yang nih nampak je sedap tapi tak sedap mana pung.
Selepas habis makan, kami menuju ke Secret Recipe pula untuk membeli kek. Kali ini time aku pula belanja. Haishhh, lepas raya nih rajin betul belanja orang. Al maklumlah duit raya masih belum habis lagi kannn. Di Secret Recipe aku membeli 1 slice kek Oreo Cheese, 1 slice Moist Chocolate dan 1 slice Strawberry Marshmallow Cheese. Balik je rumah semua orang baring tidur. Aku je sibuk nak update dekat sini. 

Terima Kasih kerana membaca. Semoga berjumpa lagi. :)

2 comments:

Nong Andy said...

terima kasih berkunjung ke blog saya. saya berziarah di sini. Konon nak beraya tapi takde pula biskut raya.. jadi cuci mata baca n3 merdeka sajalah :D

Irfan Amir said...

Sama sama. Terima Kasih kerana datang raya dan membaca entry ini. :)