Monday 29 October 2012

A Gift of Life!

Assalamualaikum

Lama rasanya tak menulis di dalam blog dan hari ni terasa macam nak menulis. Semalam, aku ada terbaca tentang kempen A Gift of Life yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Transplan Nasional. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Malaysia agar lebih prihatin dengan pendermaan organ dan transplan. Selain itu ia juga bertujuan untuk menambah lagi bilangan penderma organ terutama penderma kadaverik iaitu pendermaan selepas kematian.

Antara organ dan tisu yang boleh didermakan adalah :

  1. Jantung
  2. Hati
  3. Paru-paru
  4. Buah Pinggang
  5. Injap Jantung
  6. Kulit
  7. Mata
  8. Tulang

Korang boleh pilih salah satu organ dan tisu yang korang rasa masih elok dan akan elok untuk didermakan. Tapi kalau bermurah hati nak dermakan semua pun boleh juga. Bagaimana pula dengan hukum pendermaan organ di dalam Islam?

Menurut JAKIM, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Hal ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah iaitu objektif syariah. Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang telah dikeluarkan oleh beberapa Majlis Fatwa di peringkat Kebangsaan mahupun Negeri.

Antara yang diperkatakan oleh Majlis Fatwa adalah :

Pemindahan jantung dan mata orang yang telah meninggal dunia kepada orang yang masih hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dengan pertimbangan-pertimbangan berikut:
  • Dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung pada pemindahan anggota itu dan pemindahannya difikirkan berjaya.
  • Dalam pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan terlebih dahulu.
  • Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
  • Kebenaran hendaklah diperoleh daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota (dalam kematian biasa) atau daripada kaum keluarga (dalam kematian akibat kemalangan).
Hukum keharusan menderma dan memindahkan organ tertakluk kepada syarat-syarat yang pada prinsipnya menjaga pelbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam, iaitu:
  • Tidak menyebabkan penderma (yang masih hidup) menanggung kemudaratan pada dirinya seperti mati atau cacat (hilang pendengaran, penglihatan dan kemampuan untuk bergerak).
  • Pemindahan berlaku dengan izin penderma berkenaan.
  • Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Atas sebab ini, keizinan tidak boleh diberi oleh kanak-kanak, orang gila atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan, paksaan atau kekeliruan.
  • Tidak berlaku dengan cara yang mencabul kehormatan manusia seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu dilakukan berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata.
  • Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk terhadap penderma dan penerima berdasarkan prinsip maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) seperti yang terdapat dalam syariat Islam.
So tunggu apa lagi!


Aku dah mendaftar! Korang bila lagi?
Untuk mendaftar sebagai penderma boleh click sini : 

Untuk maklumat lanjut tentang hukum boleh click sini : http://www.moh.gov.my/images/gallery/orga/edu/awam/Pemindahan_Organ_IslamBM.pdf

Terima Kasih! :)

5 comments:

Anonymous said...

dari segi agama boleh ker.ada jugak nak derma tapi takut too la

Irfan Amir said...

Boleh je bro. Memang lah takut. Tapi bila kita menderma lepas meninggal nak takut apa lagi. Tak rasa punnn. :)

dhiashahida said...

takott dgr derma organ ni..huhuhu
singgah folow awk bro..

Irfan Amir said...

Memang lah takut pun. Haha. Thanks. :)

Anonymous said...

Papa cakap kenapa nak donate kat orang buta sedangkan Allah bagi dia buta ada hikmah. Who knows kalau dia dapat melihat dia akan commit crimes. We will never know. I thought about donating my organs but then, what my dad said was true