Tuesday 4 September 2012

Tips Mengatasi Masalah Tidur!

Assalamualaikum.

Memandangkan hari dah tengah malam, so aku nak update tentang tidur. Kebanyakkan student zaman sekarang memang gemar untuk tidur lewat. Kebanyakkan mereka yang tidur lewat selalunya hendak menyiapkan tutorial, project, model, presentation, quiz dan segala bentuk kerja yang tertangguh diberikan oleh lecturer semenjak sebulan atau berbulan bulan yang lepas. Betul ndok? Tapi yang paling tak patut bila tidur lewat sebab leka bermain game. (padahal aku selalu je buat dulu). ishh ishh ishhh.

Apabila tidur lewat maka nanti nak bangun pagi pun agak lewat. Bila dah bangun lewat pergi ke kelas pun lewat. (tu pun bertuah kalau pergi ke kelas, kalau tak pergi langsung pun memang ramai) Betul tak situasi yang aku cakapkan itu? 



So, antara perkara perkara yang tidak patut dan patut dilakukan untuk mendapat tidur yang normal adalah :

1. Elakkan mengambil makanan pada lewat malam. 

  • Hal ini kerana apabila perut kita berasa kenyang maka hati kita pun rasa senang. So bila hati kita rasa senang maka makin susahlah kita hendak tidur. (Tah betul ke tak tu) Hal ini kerana makanan yang kita makan itu akan memberikan kita tenaga untuk berjaga. Sekiranya korang berasa lapar elok lah makan buah buahan. Lebih elok jika nak dibandingkan dengan mee goreng mamak yang korang makan tu kan.
2. Disiplinkan waktu tidur korang.
  • Tujuan mendisiplinkan waktu tidur adalah memastikan korang mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu 8 jam. Cara untuk mendisiplinkan tidur adalah dengan memastikan korang tidur sebelum pukul 11 malam. Pada awalnya memang sukar untuk melakukannya tetapi jika sudah terbiasa ia akan menjadi rutin harian korang. Sekiranya korang tidur pada jam 11 maka korang akan bangun pada pukul 7 pagi. So sempat lagi untuk qada' solat subuh dan bersiap untuk ke kelas. Kalau dapat bangun dengan lebih awal lebih baik.
3. Dengar muzik instrumental.
  • Dengan mendengar alunan muzik instrumental, fikiran kita akan berasa tenang dan ia akan menyebabkan kita lebih senang untuk tidur. Tak percaya cuba buat. Tetapi jangan buka volume terlalu tinggi kerana ia akan membingitkan telinga dan akan memberi tekanan untuk tidur.
4. Baca buku yang membosankan.
  • Dengan membaca buku yang membosankan, kita akan merasa mengantuk. Hal ini kerana kita akan menjadi tidak fokus dan membayangkan benda lain. Begitu juga apabila berada di dalam lecture yang membosankan.
5. Membaca ayat Qursi, 3 Qul dan doa tidur.
  • Sebagai umat Islam kita disunatkan untuk membaca kesemua ayat dan doa di atas untuk bertujuan melindung diri daripada gangguan syaitan pada waktu tidur.
6. Membayangkan masa depan yang korang ingin kecapi.
  • Kebiasaannya sebelum tidur aku akan membayangkan apa yang aku inginkan bila aku sudah kerja dan mempunyai income sendiri. Apa yang aku akan buat dengan duit itu, macam mana dengan rumah yang aku akan duduk. Segala benda aku akan bayangkan sebelum tidur. Ini bertujuan untuk mengkhayalkan fikiran aku supaya dapat tidur dengan lena. 
Itu sahaja yang aku ingin sampaikan. Harap yang baik korang dapat ikut dan yang tak berapa nak baik tu tak payah ikut. Terima kasih kerana membaca. :)



No comments: