Sunday 16 September 2012

Pengaruh Muzik Terhadap Personaliti Seseorang.

Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa personaliti seseorang itu boleh dipengaruhi oleh jenis muzik yang mereka dengari? Mengikut kajian ahli psikologi, sememangnya setiap jenis muzik yang didengari oleh seseorang itu boleh mempengaruhi ataupun mencerminkan personaliti seseorang itu. Oleh sebab itu lah lahirnya pelbagai jenis muzik yang kita boleh dengari kerana personaliti seseorang itu juga mungkin berbeza antara satu sama lain.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu gemar mendengar muzik yang berbentuk :



1. Klasik, Jazz dan Blues
  • Kebanyakkan mereka yang mendengar muzik sebegini adalah seorang yang kreatif, bijak, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih outgoing dan senang untuk bergaul. 
  • Tetapi bagi mereka yang menggemarkan muzik klasik boleh dikategorikan sebagai pendiam dan penggemar muzik blues lebih lemah lembut berbanding yang lain.
  • Menurut kajian, penggemar muzik ini mempunyai IQ skor yang tinggi.
2. Pop
  • Mengikut kajian ahli psikologi, penggemar muzik pop merupakan seorang yang rajin, outgoing, lemah lembut, jujur, konvensional dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  • Tetapi mereka cenderung untuk menjadi kurang kreatif dan sukar untuk bergaul.
3. Rap dan Hip Hop
  • Selalunya penggemar muzik ini lebih dikaitkan dengan keganasan dan sifat agresif tetapi para psikologi mengatakan bahawa mereka bukan sebegitu. 
  • Mereka hanya lebih outgoing dan outspoken. Seperti penggemar muzik yang lain, mereka juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
4. Rock dan Heavy Metal
  • Apabila bercakap tentang muzik ini pasti orang akan terbayangkan sifat agresif penggemarnya. Tetapi mereka lebih kebiasaannya agak lembut jika kita mengenali mereka. 
  • Mereka juga merupakan seorang yang kreatif, tetapi merupakan seorang yang pendiam dan mungkin mempunyai keyakinan diri yang rendah.
5. Indie
  • Seperti yang kita dapat lihat sekarang, kebanyakkan penggemar muzik adalah seorang yang berintelektual dan kreatif. Tetapi mereka kurang lemah lembut dan tidak kuat bekerja.
  • Ada juga berpendapat penggemar muzik ini mempunyai keyakinan diri yang rendah dan pasif.

Jenis muzik yang terdapat sekarang adalah terlalu banyak dan agar sukar untuk menyenaraikan semua jenis muzik dan pengaruhnya pada personaliti seseorang. Tidak semua yang ditulis di sini adalah tepat kerana personaliti seseorang itu juga tidak boleh dicerminkan 100% melalui jenis muzik yang didengari. Mungkin ia boleh dicerminkan melalui pekerjaan, minat, gaya hidup dan lain lain lagi. 

Apa yang terdapat di sini bukanlah 100% daripada aku. Ada yang diambil daripada internet. Sekiranya ada kekurangan yang terdapat harap dimaafkan. Terima kasih kerana membaca. :)