Friday 31 August 2012

Peristiwa di PICC


Assalamualaikum.

Tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk menjadi professional photograper. Tetapi hari ini aku telah diminta untuk menolong mengambil gambar di Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke 11 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre atau lebih dikenali sebagai PICC. Tugasan yang diberikan oleh bukanlah sebagai seorang jurugambar professional tetapi hanya sebagai amatur.

Setibanya aku di PICC aku disambut oleh Encik Norizan iaitu salah seorang staff UNITI Resources. Walaupun aku datang agak terlewat sedikit tetapi kami masih sempat pergi bersarapan di main lobby yang terletak di ground floor. Selepas bersarapan kami terus menuju ke Plenary Hall yang terletak di first, second dan third floor. Haaa, apa pasal banyak sangat kan? Yang sebenarnya Plenary Hall tu macam auditorium yang ada stage and then kerusi memanjang ke atas tu. Boleh bayang? Tak boleh bayang pergi google sendiri. Sebab tu lah dia merangkumi 3 tingkat. Tetapi aku masuk Plenary Hall tu menggunakan pintu di 1st floor. 

Okay cukup pasal PICC. Sekarang aku nak ceritakan apa yang terjadi semasa sepanjang konvokesyen itu berlangsung. Semasa aku masuk ke dalam hall itu upacara sudah pun dimulakan, ketika itu Presiden Kolej UNITI sedang memberi ucapan iaitu Tn Hj Jamal Mohd Amin. Sesudahnya ucapan itu tamat, ucapan kedua pula diberikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato' Saifuddin Abdullah. Kata kata yang disampaikan oleh beliau sangat memberi insiprasi kepada graduan-graduan dan tidak ketinggalan kepada aku sendiri. Kemudian beliau turut merasmikan upacara Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke 11.

Ucapan daripada Presiden Kolej UNITI
Upacara Konvokesyen itu beransung dengan lancar walaupun ada beberapa kali kesilapan menyebut nama graduan. Pada masa yang sama upacara itu turut diselitkan dengan beberapa slot daripada Ahmad Shafian bin Uda Jaafar (Dekan Fakulti Pendidikan), Michael Gurian (Pengasas Gurian's Institute, U.S), Giovanni Pergaminelli (Pergaminelli Design Accademia, Italy), tetamu jemputan (Filipina) dan Professor Madya Dr Khairul (USM). Tidak lupa juga persembahan caklempong dan koir dari pelajar-pelajar Kolej UNITI. 

Selepas tamat semua upacara penyampaian itu, sekali lagi YB Dato' Saifuddin Abdullah menutup upacara Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke 11. Penutupan itu diiringi pula dengan nyanyian lagu Negaraku dan perarakan keluar VVIP dan VIP. 


CEO Kolej UNITI dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


Upacara Penganugerahan Diploma

Para tetamu jemputan dan graduan-graduan Kolej UNITI

Para VIP
Ucapan daripada Dekan Fakulti Pendidikan

Tayangan video daripada Michael Gurian

Ucapan daripada Prof Madya Dr Khairul

Ucapan daripada Giovanni Pergaminelli
Tetamu daripada Phillipines

Para graduan-graduan 

Penerima Anugerah Presiden

Upacara pengambilan Cokmar 
Perarakan keluar daripada Plenary Hall
Perarakan keluar diikuti oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Presiden dan CEO

Sambungan.... Click here.

No comments: