Saturday 29 September 2012

4 Destinasi Impian

Assalamualaikum

Setiap orang pasti ada destinasi impian yang mereka ingin lawati kelak. Aku pun sama dan destinasi impian aku yang aku ingin lawati semasa masih bujang ini adalah :

1. Pulau Sipadan, Sabah

Pulau Sipadan, Sabah (sumber : google.com)
Kenapa aku memilih sebagai destinasi impian aku adalah kerana Pulau Sipadan merupakan antara pulau yang tercantik dan terpelihara di Malaysia. Pulau ini terkenal dengan kejernihan pasir dan air di persisiran pantainya. Ia juga terkenal dengan kekayaan habitat laut dengan lebih 3000 spesis ikan dan beratus spesis batu karang yang boleh didapati di sini. Selain spesis ikan dan batu karang terdapat disini, di pulau ini juga terkenal dengan tempat pendaratan penyu. Banyak lagi keistimewaan pulau ini. 

Nak tau keistimewaan pulau ini lagi, kena lah tunggu aku pergi dulu ke Pulau Sipadan nihh. Baru lah boleh cerita dengan panjang lebar lagi.


2. Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian, Terengganu. (sumber : google.com)
Sama seperti Pulau Sipadan, Pulau Perhentian merupakan antara pulau yang tercantik dan terpelihara di Malaysia. Ia juga terkenal dengan kejernihan pasir dan air pantainya. Tarikan Pulau Perhentian adalah lebih kurang sama dengan Pulau Sipadan cuma yang membezakannya adalah lokasinya. Bagi mereka yang dari Semenanjung Malaysia mungkin lebih gemar ke Pulau Perhentian kerana lokasinya lebih dekat dengan mereka dan belanja juga pasti akan berkurang. Antara aktiviti yang terkenal di sini adalah jungle tracking, snorkeling, scuba diving dan memancing.

3. Pulau Phi Phi, Krabi(Thailand)

Pulau Phi Phi, Thailand
Pulau Phi Phi ataupun Phi Phi Island terletak di wilayah Krabi, Thailand. Pulau ini juga terkenal dengan kejernihan pasir, air pantainya dan landskap batu kapur yang menakjubkan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah hiking, climbing, kayaking, para-sailing, water-skiing, snorkelling, yachting dan banyak lagi. 

Kenapa ketiga tiga destinasi impian aku kesemua nya pulau? Ini kerena aku suka dengan keindahan pantai, dan permandangan di persisiran pantai terutamanya ketika matahari terbit dan terbenam.

4. Liverpool, United Kingdom

Anfield, Liverpool
Dan destinasi terakhir yang aku ingin pergi semasa zaman bujang aku ialah Liverpool, United Kingdom. Hal ini kerana aku merupakan fanatik Liverpool FC. Sebut je nama player Liverpool, semua aku kenal. Dari first team sampai ke reserve team aku kenal. Player academy cuma sorang dua je yang aku kenal tu pun sebab diorang ada potential nak pergi jauh. Kalau tak memang tak kenal lahhh. 

Meh sini aku cerita serba sedikit tentang Liverpool FC, kelab ini ditubuhkan pada 15 March 1892 dan sepanjang penubuhan ia telah memenangi 18 PL, 7 FA Cups, 8 League Cups, 5 European Cups, 3 UEFA Cups dan 3 UEFA Super CupsYNWA! Okay cukup.

Kenapa semua destinasi yang aku ingin pergi ini semuanya semasa zaman bujang adalah kerana belanjanya sikit jika pergi seorang. Kalau pergi time dah kahwin nanti belanja besar. Lepas tu lebih senang nak menikmati percutian dan lebih senang untuk mengatur aktiviti jika hendak dibandingkan dengan pergi dua orang. Nanti ada je aktiviti yang tak boleh nak buat. So sebab tu lah kena pergi before kahwin. :)

Terima kasih kerana membaca. :)


No comments: